I FALL TO PIECES

Sekolah hari ini amat berat bagi aku. Mood kucar-kacir. Hati gundah, pecah, sedih. Sampai sekolah mencari Sakinah, menyuruhnya memeluk aku. Aku lega ;(

Ketika rakan-rakan yang lain menyiapkan kerja seni mereka, sesudah aku siap akhirnya menampa semua kekacang dia atas buku seniku yang nipis, baru aku sedar tanganku dipenuhi gam-gam yang melekit berwarna hitam. Aku meminta izin guru yang sedang memerhatikan kami pelajar 3setia untuk keluar sebentar, membersihkan tangan yang sudah kotor ini. Aku gelak sendiri, mengingati zaman sekolah rendah ketika aku amat gemar bermain gam. Haha. Satu memori aku tidak akan lupakan ;) Ketika menuju ke paip di depan Bengkel, aku ternampak dia bersama teman sekelasnya. Mambawa beberapa buku bersama. Mungkin hendak ke makmal Fizik, ia berada dia blok C, Blok tempat aku belajar. Dia amat segak mengenakan uniform sekolah. Kemas. Aku tersenyum sendiri. Hatiku berdebar. Cepat aku naik semula ke kelas. Tidak sanggup memandangnya lama, hati ini sakit.

Selepas kelas Science tamat jam 1tghari, kami semua berlulu ke kantin. Aku menunggu dia di tempat biasa. Kerusi yang sama.  Aku tertanya kepada diriku sendiri, mengapa harus menunggu dia sedangkan hatiku sedang sakit mengenangkan cerita semalam. Aku angkat beg sekolahku berwarna pink itu, berpindah ke kerusi lain. Aku menoleh ke belakang,  masih melihat kerusi "kami", masih orang lain yang mendudukinya. Tiada dia. Mungkin dia sudah pulang. Aku tersenyum sendiri. Malu.

Kelas arab yang sewajibkan aku hadiri hari ini, aku mengambil keputusan untuk ponteng. Aku pulang menuju ke rumah. Langkah demi langkah. Aku sabar. Sesampainya di rumah aku terus melihat handphone yang terletak di atas meja mekap bilikku itu. Kosong. Tiada pesanan ringkas ataupun panggilan yang tidak dijawab. Kecewa.

Ye aku masih menunggunya. Aku lihat pehaku. Masih biru. Aku tersenyum lagi. Hatiku sakit lagi. Oh Tuhan saja yang tahu. Aku harap kami seperti dulu. InsyaAllah. Aku melabuhkan tubuhku ke katil. Aku tersenyum melihat gambar kami. Aku mengambil buku catatan di sebelah bantal mickey mouse, aku ambil pen, aku menangis. Aku tulis sehingga habis apa yang ada di benak hatiku ini. Aku puas.

Aku tidak seperti ini dahulunya. Aku ceria. Akan sunyi kelasku, keluargaku jika tidak mendengar suara penyekku ini. Hehe. Tapi kini sudah lain.

No comments:

Post a Comment