LANGKAH PRAKTIS MEMUPUK S.A.B.A.R

KEPADA MEREKA YANG PANAS SEPERTI ARANG, HATI SEMPIT BAGAIKAN BILIK SAYA -__- MEH LAH BACA ! HEHE


BERTAHAN KETIKA MENGHADAPI HENTAMAN

 Orang yang dikuasai emosi tidak dapat berfikir dan bertindak secara rasional. Apa yang boleh dibuat adalah dengan membawa diri dan fikiran cepat-cepat kepada Allah seraya ucapkanlah kalimah irtirja' sebaik menerima musibah, Ucapkanlah dalam hati "AKU HAMBA ALLAH, AKU LAYAK DAN PATUT DIUJI" dengan senyuman yang sampai ketelinga lah kalau boleh! Makanlah cokelat sikit boleh release sikit. #sebenarnya saya tidak suka cokelat langsung ! Akhirnya, Jangan sesekali menyalahkan orang lain lebih-lebih lagi "menyalahkan" Allah atas musibah yang menimpa ;)

SENYUM LALU BERFIKIR "INSYAALLAH GANJARAN SYURGA"

 Firman Allah "Dan Para Malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dr semua pintu(sambil mengucapkan) keselamatan atas kalian berkat kesabaran. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan
(surah Al-Ra'd 13:23-24)

DIAMPUNKAN DOSA

 Dia faham bahawa ujian yang didatangkan Allah kpdnya ialah jalan pembersihan terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Jadi, Dia tahu kepahitan ujian itu hakikatnya ubat kpd penyakit2 hatinya, Sepertima pesakit fizikal gembira apabila mendapat ubat bg penyakitnya maka begitulah juga orang yang berima berasa lega apabila diuji dgn kesusahan krn mereka jugak mendapat ubat kpd penyakit rohaninya ;)

  Alhamdulillah saya telah terjumpa satu buku yang amat bermanfaat untuk dibaca ketika sedang bersantai di Pusat Sumber sekolah bersama teman baik, Nadzim Noh! Hikhik. Oh God, TERKEZUUUTTTT ? Ye saya pun ada jugak singgah pusat sumber macha ! Haha. So saya ambil sedkit langkah-langkah sabar ni dengan niat mampu dipupuk oleh rakan-rakan blog yang lain ! ;D

 Imam Al-Syafi'i berkata ; "Seandainya Al-quran hanya ada satu surah sahaja, ia mencukupi buat manusia krn ia mengandungi segala yang diperlukan utk manusia dan ditutup dgn sabar" APAKAH SURAH ITU ?
AL-ASHR

 Semoga kita terus bersabar dlm usaha utk menambah ilmu yang bermujahadah mengamalkan dlm realiti kehidupan okay 1 Harapnya ini sangat dapat membantu. Yakinlah akan mendapat pahala tanpa batas drpd Allah.

Firmannya ; Sesungguhnya hanya org yang bersabar yang dicukupkan pahala bg mereka tanpa batasan
(Surah al-Zumar 39:10)

No comments:

Post a Comment