TAKSEDAP

 Exam teras dah habis. Hati lega. Aku ambil inisiatif nak menenagkan hati aku yang entah kenapa rasa taksedap. Aku baru je habis makan nasi goreng yang dimasak sendiri. Ye memang tak sedap macam dekat restoran sebab bawang takde cili pun lagilah. Aku cuma letak kicap dan garam ke ajinamoto entah untuk menambah rasa.Aku serious tak reti nak memasak macam perempuan lain. Eh cop "Kepada perempuan yang baca ni kau reti masak tak ?" Haha. Ayat memang macam cari gaduh. Oh well mulut aku siapa kesah. Actually rasa jealous yang terlampau bila aku datang bertandang ke rumah kawan aku diorg suruh aku rasa "Nah lah Jieeja kita baru masak kuih, kuewtiauww karipap cupcakes dengan pelbagai corak and so on, rasalah" Dalam hati aku dah tersipu malu sebab aku tanya diri sendiri benda apa yang aku reti masak ? NOTHING -.-

 Setakat masak nasi berapa gantang tu aku reti lah. Apa lagi ? Masak meggy oh tu budak 3 tahun pun reti aku rasa. Cuma adik lelaki aku yang darjah 5 tu je takreti2. Dah lah tu makanan favorite dia tapi sampah -.- Aku lah yang menjadi bibik setia. Bila dia rasa nak makan meggy ataupun mee sedap aku yang terhegeh-hegeh tolong masak sambil hati merungut rasa tak beruntung dalam hati ni dapat adik macam tu -___- Haha. #Kakak yang jahat. Oh nak tahu apa je yang ada dalam kepala otak dia cuma Ben10  ManUtd Astro Ceria dan segala barang mainan yang cool. Adik memang taksedar diri. Rasa geram sebenarnya sekarang dengan dia.

Aku dah cukup gatal nak kawin ! Haha. Apa yang korang fikir sekarang ? Jieeja gatal ? Oh cakaplah aku tak pernah heran dengan benda yang tak merugikan aku tu. Tapi ada satu penghalang kepada cita-cita aku ni. Haha. Orang tua-tua cakap bila minah tak reti nak memasak lebih baik takpayah kawin. tapi aku dah cakap kat Fared dengan mak yang aku hanya akan menggaji bibik untuk masak dekat rumah. And boleh expect apa mak cakap ? "SILAP-SILAP HARI BULAN BIBIK TU YANG JADI BINI FARED" Haha. Fared tu pun bukan main pakar masak. Serious. Jealous. Agak-agak bila dia nak ajar aku masak ? Entah.


 Pffftttt -.-Bye !

No comments:

Post a Comment