Really Inspiring Person - AYAH

 Asssalamualaikum Muslim and Muslimah !! xx

 Since 2012 banyak benda dah berubah dalah hidup ni. Dah memang taksama macam 2011 dan tahun sebelumnya. Dugaan makin bertambah. Rasa emosi tidak stabil sama sekali. Jieeja Syafarudin yang korang tengok ni bukanlah orang yang kuat. Dia cepat menangis. Bila kena marah sikit je dah nangis. Si boleh bayang tak bila Allah turunkan musibah sikit apa jadi kat diri dia ? Terumbang-ambing, demam-demam, nangis je kerja. Ye itu saya....

 Esok Isnin 27.02.2012. Aku takdatang sekolah lagi untuk kali yang kedua. I dont touch any of my homeworks. This-is-so-first-time. Hari Jumaat dan Sabtu haritu demam. Hari Ahad hantar ayah pergi hospital. Then meraung-raung taknak ayah stay sana. Antara mak and ayah, aku paling rapat dengan ayahlah. Bila balik sekolah selalu makan sesama dgn ayah. Then borak pasal sekolah dengan dia. Ayah selalu bagi nasihat, cerita pengalaman hidup dia. Ye.. semua tu buat aku kuat untuk jalani hidup ini. Jarang sekali berpisah dengan ayah. Bukan jarang, memang takpernah berpisah dengan ayah. Ayah selalu ada bila aku perlukan dia. Dan sekarang untuk malam pertama, dia tak ada untuk menemani aku berbual, makan, tengok tv bersama ? Ye awkward sangat dan hanya air mata yang mampu tumpah membasahi pipi :(



 Tengoklah ayah ni. Tengah sakit-sakit pun sempat bergaya lagi. Haha. Ayah selalu kuat. Bila dia sakit, dia demam jarang sekali hantar klinik. Dia selalu cakap "Lah nanti sihat lah tu". Then sekarang dia tak mampu lagi nak cakap ayat tu. Bukan hantar pergi klinik dah terus hantar pergi hospital. Hm ayah, cepat sihat tau ayah. Ja rindu ayah. *Lap air mata*Ketika Allah rindu pada hambanya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN. Sabarlah menghadapi ujian berat ini Jieeja. You can through all this !! Allah bersamamu !


Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”

No comments:

Post a Comment