Salam Maulidur Rasul ! :)

 Assalamualaikum and good morning, good afternoon, good evening. Ah tak kisah bila korang baca post ni.

Salam Maulidur Rasul semua !! Banyak betul tweets, status kata rindu, sayang Rasulullah. Jangan ingat baginda masa Maulud Nabi je. Ingat kekasih kita tu setiap masa. Jadikan baginda sumber inspirasi untuk jadi lebih baik ok !! n_n

Jumaat lepas ada ceramah pasal Rasulullah kat sekolah. Seriously tersentuh sangat hati ni. Berderai-derai air mata. Hebatnya kisah perjalanan Rasulullah. Oh Ustaz Hanafi pun ada cerita kriteria Rasulullah. Rambut baginda luruh sehingga bahu dan belah tengah. Selama ni aku fikir lelaki rambut panjang ni macam serabai je. Belah tengah nerd semacam. Rupanya tu sunnah Rasulullah tau !! Ya Allah maafkan hamba :( Ni lah akibatnya cetek pengetahuan. Baca novel ada masa. Baca kisah Rasulullah takde masa pula. *geleng kepala* So mulai sekarang perbanyakkan membaca. "Quluu la!" (katakan tidak) kepada rancangan yang melalaikan.

Dengar cerita sekarang ada bookfair kat PWTC. Aaaahhh takdapat pergi lagi !! Hm menyampah menyampah. Anyone yang nak teman saya cari buku best-best tak ? Takde ?!! Oh dah biasa macam ni...

No comments:

Post a Comment