Awak hilang. Saya kosong. Takpe

 Perjalanan sebuah kehidupan, ada pasang surut, susah dan senang. Setiap perhentian mengajar kita bahawa kehidupan tidak semestinya sama dan lancar. Kekadang Allah mencuit kita sebagai "permainan" di dunia sebelum kita dapat "bermain-main" dgn riangnya di syurga. La tahzan sebaliknya berdoa dan beribadahlah.

 Kata-kata yang dipetik dr majalah Gen-Q yang diberi Balqiss tadi cukup aku hayati. Kebetulan pula dengan kehidupan aku yang mula goyah ini. Menyesalnya aku kerana meletakkan dia sebagai tempat aku bergantung. Kini, apabila hati aku disakiti, aku mula rapuh, sukar berdiri lagi.

 Termangu sendirian, menangisi nasib diri kerana dikhianati oleh seorang "SAHABAT". Sudah pastinya aku kecewa apabila janji yang disepakati telah dikhianati. Fitrah membuktikan bahawa tiada manusia sanggup disakiti dan dikhianati dalam perhubungan. Mengertilah kekasih, sikap berdusta itu ialah racun yang mematikan kecintaan didalam hatiku. Sikap menipu membuatkan "persahabatan" kita menjadi layu, mereput di bawah sedar. Tiada serinya lagi. Cinta tanpa kepercayaan akan terbinakah satu ukhwah kukuh ? Semestinya tidak... Aku ingin bersahabat denganmu sampai Syurga, tapi kau hancurkan hati ini. Terima kasih utk semua yang pernah kita lalui : )

 Aku akan mula bangun lagi. Mula hidup baru. Terima kasih dan maafkan aku. Aku juga tidak baik. Aku juga tidak sempurna. Tapi hati ini tulus untuk kau, malang.... itu sudah berubah. Aku kini sudah tiada rasa lagi.. Kosong.


 Bismillah..
"Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan. Daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang" (Riwayat al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment