Ayuh jiwa yang tenang

Assalamualaikum. Sebagai umat Islam tiada istilah "JIWA KACAU" sebenarnya kerana kita mempunyai Allah Yang Maha Pengasih yang selalu ada dekat kita bahkan sangat dekat. Jiwa pastinya mempunyai tempat bergantung dan mengadu yang paling istimewa, yang selalu Maha Mendengar 24/7 :) Indahnya dilahirkan jadi orang Islam. Alhamdulillah.

Persoalannya sekarang, kenapa kita selalu sedih, selalu merasakan jiwa kacau ini ? Oh sayalah ummat yang termasuk dalamnya. Astagfirullah. Saya ada sindrom sering tidak bahagia dan tidak puas dengan nikmat yang dimiliki dan asyik memikirkan hal-hal buruk dan negatif. Maka dengan segeralah ambil wudhuk dan sujud kepada Ilahi. Mungkin saya tidak hebat lagi untuk melalui cabaran nafsu remaja. Hati umpama kain yang putih, jangan dicorak sedih dan rintih. Apabila perut lapar, tekak dahaga, ada saja makanan untuk ditelan bagi memenuhi kehendak mereka. Tapi kalau jiwa yang kontang, jiwa yang tidak tenteram nak bagi makan apa ? Solat merupakan penawar kepada sindrom di atas.  Menunaikan solat menjadikan hati kita itu terhibur kerana kita sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan Pemilik Hati iaitu Allah :) SubhanAllah sekali lagi, indah hidup ini...

Saya sepi, saya perlu teman. Saya berbisik kepada hati, agar dia tidak sunyi. Andai hati dibiarkan sepi, maka syaitan yang terlebih dahulu meneroka di taman hati saya. Ish taknak itu terjadi. Maka itu, bina taman hati dengan zikir dan selawat serta azam yang tinggi. Tepis segala benda yang merosakkan jiwa. Fokus kepada apa asalnya tujuan kita menjalani hidup sebagai khalifah ini. Utamakan dan mulakan dengan nama Allah yang mendengar setiap cetusan hati manusia. InsyaAllah apa yang kita buat semua jadi positif, tiada ruang untuk memberi kepada perbuatan negatif !!!

Post kali ini juga ingin membangkitkan semangat semua kawan-kawan saya yang dah tak keruan menjelang exam pertengahan tahun ni. Oh saya pun rasa haru sangat ni. Sebab tu buat post memujuk diri ini. Ahaks. Semoga berjaya ya !!! Berdoalah agar apa yang kita usahakan selama 5bulan ini tidak menjadi sia-sia. Hm. Semoga Physics saya tidak gagal lagi. Uwaaa. Form 4 memang stressful, tapi bila fikir balik buat apa ingin termenung merenung nasib, hargailah ia dan jalanilah ia dengan Bismillah. Semua pasti okay ! Hidup adalah untuk membuat pilihan daripada celik mata hingga tidur kembali :)


No comments:

Post a Comment