DIMANA LETAKNYA PERASAAN ?

Hii. Hello. Assalamualaikum. Dah 3hari takupdate blog ada tak rasa rindu ? Haha. Pui sikit.

Manusia. Dia ada tahap kesabaran. Sabar itu adalah iman. Iman itu akan membawa aku ke syurga yang serba indah, terdapat sungai yang mengalir dibawahnya, jejaka tampan yang siap melayani diriku jika aku perlukan sebarang keperluan. Awh indahnya :') tapi sekarang aku masih berada di dunia. Tempat persinggahan yang diberi Tuhan kepada aku untuk berjuang mendapat keredhaanya :') Kenapa aku hidup ? Apa guna hidup aku kalau hati sentiasa disakiti orang ? Orang yang aku sayangi. Entah. Allah telah merancangkan untukku.

Beberapa hari ini aku menangis. Seperti biasa sendirian. Tiada yang menemani untuk memberi aku bahu untuk aku mengadu, dah menghulur jari-jemari lembut mereka ke pipi tembamku semasa aku sedih, menangis. Dadaku sakit sekali. Tuhan yang tahu. Telah aku kasitahu ibu, tapi dia menyuruh aku makan ubat yang acap kali aku makan, ubat gastrik. Emak, kalau ubat sakit hati ada penawar ? Penawarnya Alquran.

Rupa-rupanya Alquran itu indah. Ayatnya sedap untuk aku perdengarkan, untuk aku lafazkan. Sambil membaca kitab suci ini, aku perselitkan nada taranum yang sudah 3tahun aku pelajari. Ye. Aku belum mahir. Dan suaraku memang persis seperti buruk gagak masuk sangkar.

Aku sakit. Seperti biasa apabila Fared menanya tentang khabarku, seperti biasa akan aku jawab seperti biasa. Aku bukan jenis perahsia seperti sinetron yang serik kita lihat. Apabila sudah melarat baru mereka tahu tentang penyakitnya. Haha.

Fared, ja harapkan fared boleh legakan hati jieeja. Kurangkan sedikit sakit yang menyerang dada jieeja. Meminta Fared untuk call Ja. Ja susah nak tido sekarang. Ja harap bila fared nyanyi mengaji macam dulu senang ja nak tido. tapi semenjak dua menjak no memang udah amat jarang sekali alunan penghawa telinga itu ja dengari :( Lain yang ja haraokan, lain jadinya. Ja sayang Fared. Percayalah. Jika kepercayaan itu memang sudah tiada yang tersisa dalam hati Fared, tinggalkan ja. Kita ambil masa bersama. Merenung kesalahan kita. Jieeja yakin, jika ada jodoh di antara kita maka adalah. rahsia Tuhan.

Jangan pernah simpan dendam dalam hati. Ia sedikit demi sedikit akan menghancurkan diri. Aku belum pernah berlajar untuk memendam dendam. Tidak pernah sekali. Maka itu, aku nasihatkan engkau, maafkan aku. Kita mulakan semula apa yang kita lalui. Sama-sama. I love you. Hati aku sakit lagi. Bertambah sakit mendengar cerita engkau makanya aku letak telefon merah jambuku itu.

No comments:

Post a Comment