CINTA

Assalamualaikum. Alhamdulillah datang jugak mood nak update blog. Idea pun bergelen ni. Mwhehe. Hii followers. Thanks anyways. Sebelum tu, salam nifsu syaaban kepada semua umat Islam. Lagi berapa hari ye kita nak puasa ? 14 hari lagi !!! Hoowayy. Memang lerws taksabar hendaknya. Amboi kemain. Puasa ganti pun tak terganti-ganti. Memang bagus ! Cepatlah wahai kaum hawa puasa ganti. Kalau boleh seminggu sebelum puasa udah habis kerana bolehlah menambah lemak sikit dan menjamu lidah sebelum kita merehatkan perut sepanjang bulan Ramadhan. Cakap pasal nak puasa ni sudahkah anda beli baju raya ? hahaha. Taknak cerita ah. Entry lain time. Malas nak fikir. Adoi

Hari Ahad. Seperti biasa sesudah solat subuh dihening pagi aku akan menjadi bibik sepenuh masa. Haha. Menggosok baju sekolah, mengapur kasut dan menyediakan kelengkapan sekolah untuk esoknya. Aku bukan buat saya punya sorang tau. Adik saya sekali. Ni dah berdouble kerja. Haih adik dah darjah5 tapi hamprak hampeh sampeh taktahu apa2. Bilalah kau nak berilmu dik ? Sobs sobs. Sambil meng iron baju tu bukak lerws channel 142 pelangi. Cerita kat situ best you know ? hehe. Alu memang suka tengok sinetron dr drama malaysia. Taktahu kenapa. Kalau tgk sinetron takpayah bukak subtitles. Ngak mengapa. AKU UDAH NGERTI KOK. BISA DIFAHAMIN :P

Amboi cerita pagi ni paling faverit ahh ! KETIKA CINTA BERTASBIH. Ada jugak dulu masa aku pergi MPH nmpk novel tu. Macam best tapi masa tu kat dompet ada RM50 je pun. Novel tu dah sampai RM75. Isk isk. Terlepas ah. Baguslah Astro pandai bodek hati aku balik. Nasib ada siaran Indopek boleh aku ubatkan rindu di kampung halamanku Indonesia ;) Dah 7tahun takbalik sana. rezeki belum ada lagi. Tunggulah masanya.

MasyaAllah mukaddimah aku pun dah 3perenggan rupanya. Aku nak bercerita tentang apa yang dah lama aku fikir. Aku berdoa dengan Tuhan bertanya denganNya. Aku manusia lemah mesti minta petunjuk. Jawapan yang aku tanyakan selalu terjawab bila ada ceramah atau motivasi atau tazkirah dekat sekolah. SubhanaAllah dr situlah Allah memberi jawapanNya. So apa lagi ? Rajin2 lerws datang sekolah tu. Banyak ilmu. Cinta. Apa itu cinta ye ? Siapa reti jawab angkat kening sikit. Hihi.

Cinta itu adalah suatu perasaan yang mengubah duka jadi riang, mengubah muram jadi ketawa, mengubah penjara jadi istana, mengubah malang jadi untung, mengubah setan jadi malaikat, mengubah resah jadi tenang dan mampu mengubah lemah jadi kuat. Tapi bila difikirkan lagi, banyak perkara ini yang tidak ada dalam diri pasangan tersebut. Kenapa ? Malah zaman remaja ini istilah SETAN JADI MALAIKAT sudah tidak ada lagi. Semuanya sudah terbalik. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Pembuangan anak akibat zina berleluasa. Dimanakah salah istilah itu ? Ya. Kita yang salah. Jika kita pandai mengatur relationship kita sudah tentu apa yang aku cakapkan tadi akan menjadi satu pedoman untuk semua. Ya. Indahnya jika kita berpasangan berjuang untuk merebut syurga bersama. Eeeeee best ! Hihi. Dan akhir sekali alangkah bahagianya jika pasangan yang sama berjuang untuk kepentingan dunia dan akhirat. CINTA INI YANG AKU MAHUKAN.

Saya cakap macam ala ala ustazah. Tapi kita manusia. Mesti mahu berubah menjadi lebih baik bukan ? Niat sudah ada. Setan juga ada. Selalu membisikan aku untuk menunggang ke neraka Allah. Aku mahu berubah. Sabar. Akan aku buat satu per satu :)

No comments:

Post a Comment