THIS IS ...

 Perangai saya bagaikan baru bertemu awak, Malu Segan Pendiam. Saya taknak cakap banyak apa yang saya rasa. Tapi saya rasa lain. Saya rasa awak lain. Saya taktahu kenapa. Saya tanya diri saya sendiri. Saya rasa ini cuma kata hati. Tapi kata hati takpernah salah. Saya slap kerana menganggap awak seperti keluarga sendiri. Jangan terasa. Maksud saya, perangai saya terhadap awak tidak kurang hebat seperti keluarga saya. Yeee. Malunya saya. Haha. Saya luah semua benda dekat awak. Saya cerita semua rahsia dekat awak. Awaklah bestpwen terbaik yang pernah saya jumpa. Awak juga adalah TEMAN LELAKI SAYA ;)

 Saya salah kerana menganggap awak sentiasa ada masa untuk saya. Saya silap besar. Maafkan saya kerana terlalu bergantung dengan awak, Saya manja, gedik dan ingin selalu diperhatikan. Jangan pernah marah saya kerana saya berperangai aneh dua tiga menjak ni. Saya cuba untuk mengelak dari awak kerana saya takut saya tidak terbiasa jauh dari awak. Tahniah diatas kejayaan mendapat PLKN. Mimpi buruk bagi saya juga mimpi baik. Hihi. Saya harap badan awak makin tough pergi sana nnti. InsyaAllah :}

 Saya bagaikan sudah gila. Haha. Terkejut tak baca ??????!!!!!!1! Ok whatever. Saya amat tertekan dengan pelajaran saya. Trial PMR sudah amat dekat. Tolak dengan masa makan, tidur, online, mandi dan mengemas rumah hanya tinggal lebih kurang 2minggu. InsyaAllah esok saya nak berhenti online. Saya tengok TUTORTV semalam. Tips pelajar cemerlang, bahagikan masa penting, sederhana penting dan tidak penting. Bagi saya online dan membalas tweet adalah tidak penting sama sekali. Jadi saya akan cuba tips yang disyorkan.

 Untuk pengetahuan semua, semenjak kakak kesayangan saya masuk sekolah asrama, sayalah kakak dirumah. Saya memang takpandai nak control adik saya kerana dia amat nakal. Saya banyak sabar kerana saya sayang dia sangat2. Masa dia lahir saya meloncat bukan main. Saya takboleh lupa time tu :') Saya diamanahkan untuk jaga dia. Tapi entahlah. Adik saya telah menyumbang 88% keTENSIONan dalam diri saya. Haihhh ~ Saya belajar untuk berdikari sekarang. Saya stress sebab sometimes saya taktahu nak cerita kat siapa problems saya bila kakak saya dah takde ;( Seperti yang saya katakan tadi, saya takboleh bergantung hanya kepada Fared. Dia pun ada life....

 Doakan saya sukses dalam Trial PMR saya. Doakan saya sabar dalam mengurus masa saya. Doakan saya supaya tidak manja dan mengada lagi. Doakan saya untuk belajar berdikari. Dan akhir sekali doakan saya untuk menjadi orang berguna kepada ahli keluarga saya. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment