ANOTHER STORY BEGINS

 Assalamualaikum everyone !1!1!11!! Bosannya blog aku kan ? Tahu dah. Memang idea kering taktahu nak tulis apa. Oh tahu tak minggu depan Khamis 22.12.2011 result PMR keluar ? Ok jom jerit sampai keluar jantung usus semua !!!!! Ya Allah cepatnya masa berlalu. Baru rasa haritu aku masuk form3. Baru terasa haritu aku ambil exam PMR. And now aku dah nak ambil result ? Serious tak sangka sangat ! Takdapat nak dibayangkan muka mak ayah aku nanti bila result aku keluar. Hm baikkah ? Atau... burukkah ? Tiada siapa yang tahu. Yang penting sekarang ni, aku dah usaha, aku dah berdoa dan sekarang aku tinggal bertawakal. ya Allah, ya Rabbi.. Permudahkan segala urusanku. Jika buruk yang engkau takdirkan untuk diriku, aku redha ya Allah. Engkau sedang mengujinya dgn ujian kecil. Dan jika baik yang engkau takdirkan, ingatilah aku untuk selalu bersyukur dan tidak riak atas nikmat yang engkau beri. Dunia besar. Usiaku juga panjang jika Engkau berikan, macam-macam lagi aku akan jumpa !!! Ye setiap kekecewaan adalah satu permulaan baru.

 9A's mai lah datang dekat !!! >:D


"Jika tersungkur jangan mudah mengaku kalah. Bangun dan bangkit. Jangan ditambah masalah itu dgn soalan bertubi. Kerana soalan yang sudah sedia ada tidak lagi terjawab. Akan anda nak tambah soalan lagi ?"

Ok siapa kat sini taksabar nak sekolah ? *Kira kira* Alahai sikitnya yang angkat tangan ? Ni mesti enjoy kan holidays ? Aku macam biasalah. Duduk rumah. Kerja. Online. Takpergi mana-mana pun. Bila ditanya ayah jawapannya sama saja - "RUMAHKU SYURGAKU". Bila aku fikir semula betul juga. Sekarang korang lihatlah macam-macam bencana ada. Malang tak berbau. Kalau macam newpapers, haih kesian betul bila baca orang accident, lemas and so on. Kalau kat rumah kan kita selamat. Tak ke gitu ? Ayah pemikirannya jauh sekali. Aku kagum !! Tidak mengapa ayah, aku takbosan menjalani kehidupan begini setiap hari. Asal ayah sentiasa di sisi :) Hehe.

 Ok papepun selamat menjalani kehidupan korang. Sentiasa bersyukur dgn apa yang korang ada tau!! Sentiasa pandang bawah bila kita start rasa "Hm untunglah dia tu pergi luar negara" "Untunglah dia tu pakai baju mahal" "Untunglah dia tu ada hp mahal" Haha. Aku pun macamtu *Malu* Tapi bila aku cerita kat mak dia selalu pesan "Aaaahhh kalau hidup tu mendongak ke langit je takkan pernah kau nak puas Ja" Ok mak !!!!! :D  And sayanglah orang yang ada sekeliling korang. Selagi mereka masih ada...  Jangan nak mengumpat, nak mengutuk, nak gaduh2 semua. Aku hilang satu satu orang yang aku sayang. Biarlah yang tersisa aku sayang sepenuh hati aku. Ok bye !!! *Kiss hug*

No comments:

Post a Comment