Susahnya nak jadi baik :(

 Salam' Alaik ya Muslim wal muslimah. Kaifahalukum ? Semoga Allah merahmati kita semua ye ? Amin. Bermula 2012 haritu memang set niat nak jadi lebih baik. Lebih baik dr sudut agama. Dari sudut aurat. Dari sudut hati dan emosi. Dari sudut pelajaran. Dari sudut pergaulan. Tapi benar apa yang dikata, nak grab syurga bukan mudah. Aku jatuh lagi. Aku buat salah lagi. Aku berdosa lagi. Bila nak berhenti ? MasyaAllah :(


 Kalau kita sayang Allah, kita seharusnya buat yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Dulu saya rasa apa yang saya buat dah betul dah. Baca quran, solat lima waktu, sarung tudung.Haaah dah okay lah tu. Tapi saya lupa ada banyak lagi benda saya kena jaga. Adab bergaulan saya dengan orang bukan mahram acano ? Dah settle? Belum settle lagi. Kalau bab aurat tu ? Pakai tudung, lilat sampai nampak bentuk leher, baju ketat, berfashion sampai orang taksub, haaah tu pun belum baik lagi. Apabila tudung tu dah jadi trend, fashion and the new "in" thing dan bukan lagi dipakai lillahi taala. Kadang-kadang kita terikut sangat dengan hukum manusia sampai lupa hukum Allah. Nama pun kita ni Insan. Drpd perkataan arab yang saya study dulu, 'Na si " maksudnya lupa. Memang sah manusia ni pelupa.

 Saya juga mengalami penyakit cepat rindu dengan kekasih yang belum halal bagi saya. Allahurabbi. Macam mana nak hilangkan penyakit hati ni ? Peringatan untuk diri --> "SILA LETAK ALLAH NO. 1" Tetapi... bertanya diri, bagaimana menjadikan rindu yang fitrah ini kekal sihat ? Terus melayan menangis sampai ke pagi ? Atau menyegarkannya dengan zikrullah ? Saya pasti kawan-kawan semua pasti tahu jawapannya kan ? :) Hehe. Mari rindu Allah, Allah pun rindu kita juga. 

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Barangsiapa rindu dan berharap pertemuan dengan Allah,
maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang.” (Al-Ankabut: 5).



Tu saja untuk hari ini. Kita lemah. Semoga jalan menuju syurga dipermudahkan oleh-Nya. Semoga hati ini tidak terlekat lagi dengan gelora nafsu dan mimpi palsu yang sering menipu. Btw all the best for exam !! 

1 comment:

  1. hai.. assalamualaikum.. ingat saya lagi tak ?
    saya suka dengan post yang awak tulis tuu.
    saya pon lebih suka untuk meletakkan Allah yang pertama.
    hendak berubah untuk jadi yang lebih baik. InsyaAllah. kee it up girl ^_^

    ReplyDelete